Wednesday, 20 July 2011

pro forma bmm3105

Pro Forma Kursus BMM 3105 

(Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer)

Pro Forma Kursus
Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

Nama Kursus
Pengajaran Dan Pembelajaran  Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
(Computer Aided in Teaching and Learning Malay Language)
Kod Kursus
BMM 3105
Kredit
3 (0 + 3)
Jam Interaksi
90 jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1.    Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.    Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5.    Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis
Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara on  line; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

This course describes the usage of Internet, selection of Internet resources, website, learning homepage; on-line and off-Line learning; link model in organizing resource, linkage within resources; onlline teaching resources editing; using Malay language in Internet; teaching of Malay language through video conferencing, usage of writing tools; animation in presentation; and using learning CDs in teaching and learning Malay language.


Tajuk
Kandungan
Jam
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.

6
2
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

6
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point

6
4
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain

6
5
Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu

6
6
Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian
6
7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.

6
8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

6
9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian
  • Prosedur pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan

6
10
Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya
  • Membentangkan hasil kerja antara institut
  • Melaksanakan interaksi antara pelbagai institut


6
11
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
  • Konferensi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
  • Merakamkan perbualan

6
12
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
3
13
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan
6
14
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

6
15
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran

6

JUMLAH

90






Penilaian
Kerja kursus                        100%
Peperiksaan Akhir               -

Rujukan Asas
Beatty, Ken. (2003). Teaching and Researching computer-assisted language learning. London: Longman.

Rujukan Tambahan
Bull Susan. (1993).  Towards user system collaboration in the development of a student model for intelligent computer assisted language learning.  Edinburg: Universtiy ofEdinburg.


Bull Susan. (1994). Student modelling beyond domain knowledge.  Edinburg: University ofEdinburg.


Hardisty, D., Windeatt, S., (1989) Call.  London: O.U.P.


Levy Micheal.  (1997).  Computer-assisted language learning: Context and Conceptualization. Oxford: Oxford University Press.

jom dengarkan

minggu 15

Seminar Dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Ini Dan Mendatang

  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran

Seminar Dan Pameran Tmk Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini Dan Mendatang.

TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

Pengenalan
Melalui seminar dan pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya msyarakat luar.
Mengadakan seminar
Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya. 
Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer
  • Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
  • Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Kelebihan
  • Berguna kepada peserta yang terlibat
  • Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
  • Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru

Kekurangan
  • Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
  • Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
  • Sering dijalankan untuk seminar pendidikan

Mengadakan Pameran
Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu berbantukan komputer
  • Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
  • Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
  • Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang 
    Rujukan di sini.
(http://adilah-hamzah.blogspot.com/)

minggu 14


Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pembelajaran

Pengenalan


Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:
Contoh Jenis Cakera Padat
Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan
Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
· Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
TATABAHASA
· Cakera latihan tatabahasa